Oleh Ahmad Farizal Hajat
ahmadfarizal@bharian.com.my
PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) yang sedang dalam persiapan akhir melancarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) pertamanya, yakin dapat memberikan cabaran dalam segmen kenderaan berkenaan di negara ini kerana MPV yang akan ditawarkannya adalah bermutu dengan harga berdaya saing.Pengarah Urusannya, Datuk Syed Hafiz Syed Abu Bakar, (gambar) berkata MPV yang bakal dilancarkan pada suku keempat tahun ini, akan dijana enjin 1.5 liter dan memenuhi keperluan pengangkutan sebuah keluarga.Beliau berkata, dengan mempunyai tujuh tempat duduk dan ruang dalaman luas, MPV Perodua yang akan dihasilkan di kilangnya di Rawang, Selangor itu, menjadi MPV kompak paling berprestasi tinggi dan menjimatkan minyak. Kami prihatin ramai keluarga Malaysia mengeluh kerana susah memiliki sebuah MPV yang bermutu pada harga berpatutan. Justeru, untuk kenderaan MPV Perodua ini, selain mempunyai pelbagai ciri hiburan dan teknologi keselamatan terkini serta canggih, kami akan pastikan yang ia mampu dimiliki dan kami tidak akan sesekali berkompromi dengan mutunya walaupun harga MPV itu lebih berdaya saing jika dibandingkan dengan MPV lain,¡± katanya kepada Berita Harian dalam satu temubual di Kuala Lumpur, semalam.Syed Hafiz berkata, meskipun Perodua sedang mengemaskini dan menganalisis kos pembuatan kenderaan itu dalam usaha memuktamadkan harga, ia dijangkakan ditawarkan pada harga tidak melebihi RM70,000.Katanya, Perodua mampu menawarkan harga sedemikian kerana model itu menggunakan sehingga 90 peratus komponen tempatan.Syed Hafiz berkata, pelancaran MPV itu sejajar matlamat Perodua untuk sentiasa memperkenalkan satu model baru setiap tahun.
Petikan dari Berita Harian
Dalam sibuk Proton nak launch kan MPV pertama yang bernama Exora, Perodua pun tak ketinggalan dengan nak keluarkan MPV pertama dia jugak.....Tapi dari apa yang pasti MPV yang akan dikeluarkan nanti tidak jauh bezanya dengan Toyota Passo Sette ini...Hah kalau nak tau macam ne rupa MPV Perodua nanti lebih kurang macam gini la nanti...
Toyota Passo Sette = MPV Perodua
Pandangan dari belakang
Yang Dijual dekat Jepun....Sekali tengok macam Viva pun ada.....
So nantikan la kemunculan MPV Perodua yang berkemungkinan akan keluar pada suku akhir tahun....Sama ke tidak dengan gambar ni....Atau lebih kurang aje....
No comments:
Post a Comment